Friday, July 1, 2011

IQRA'

Segala puji dan sanjungan hanya milik Allah SWT, pemilik dan penguasa alam ini. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, insan terpilih membawa petunjuk kepada seluruh alam, ahli keluarga baginda, para sahabat, pengikut-pengikut sahabat dan orang yang berada di atas jalan dakwah sehinggalah ke hari kiamat.

Firman Allah yang bermaksud; 

Bacalah dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan dari segumpal darah, Bacalah, dan Tuhanmulah yang maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan pena.

Ayat ini merupakan wahyu pertama yang diturunkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Dengan turunya wahyu ini maka bermulalah penyebaran syiar islam ke pelusuk dunia. Dari umat jahiliyyah kemuadian lahirnya umat bertamadun yang agung dan gemilang yang pernah disaksikan dalam lipatan sejarah. Tamadun inilah yang melonjak perkembangan sains yang belum pernah disaksikan sebelum ini. 

Jika kita soroti sejarah para ulama' dan cendiakawan islam sebagai contoh Syaikhul Islam, Syaikh Ibnu Taimiyah, ketika beliau dipenjara, beliau telah menulis berjilid-jilid buku yang kini dikenali sebagai Al-Majmu' Al Fatawa. Tidak kurang hebatnya Ibnu Jauzi yang pernah membaca tidak kurang daripada 20,000 jilid buku sewaktu mudanya. Beliau juga telah menulis buku tidak kurang daripada 2, 000 jenis buku. Begitu juga dengan Ibnu Rusyd yang merupakan salah seorang Qadi di kerajaan Andalusia yang telah menulis buku Bidayah Al-Muntajtahid. Diceritakan dalam hidupnya, ada 2 hari sahaja beliau tidak membaca iaitu ketika hari perkahwinannya dan hari kematian bapanya. Begitu juga dengan ulama'-ulama' kontemporari seperti Syeikh Nasaruddin Al-Albani yang pernah dikisahkan beliau telah membaca kesemua buku-buku di perpustakaan Zahiriah di Syiria.

 Ayat ini juga merupakan perintah Allah kepada Nabi Muhammad SAW dan juga umat islam. Jika diteliti, ayat ini merupakan ayat perintah (Fi'il Amar). Para ulama' zaman dahulu sepakat menyatakan setiap fi'il amar dalam Al-Quran adalah wajib sehinggalah ada nas lain yang memansuhkan dan mengatakan hukumnya adalah selain daripada itu.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa membaca adalah amalan yang amat dituntut dalam islam. Namun sayangnya, umat islam pada hari ini rata-ratanya ketinggalan dari sudut ilmu pengetahuan, jauh skali menguasai ilmu sains dan teknologi. Jika kita amati perbandingan budaya membaca antara masyarakat jepun dengan negara kita, rata-rata masyarakat jepun membaca 4 buah buku dalam sminggu manakala masyarakat kita membaca 2 buah buku dlm masa setahun! Justeru, umat islam haruslah mengorak langkah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan seterusnya mencipta kegemilangan yang pernah kita kecapi. Maka umat islam pada zaman moden kini sewajarnya mengambil iktibar dari wahyu pertama yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Selamat membaca!